Thursday, August 15, 2013

Selamat Sejahtera...


Kebanyakan produk kecantikan di pasaran berasakana bahan sintetik? Sedarkah kita sebagai pengguna bahawa bahan-bahan ini berbahaya kepada tubuh dan juga sistem badan manusia dalam jangkamasa panjang. Tidak hairanlah kadar penyakit kronik semakin meningkat kebelakangan ini.

Kami juga seperti anda, menggunakan produk-produk komersial yang pastinya mudah diperoleh, kesan yang menakjubkan dan harga yang kompetitif. Sehingga satu ketika.. kononnya nak beli produk mahal sikit...kononnya organik...sekali belum seminggu pakai, kulit muka saya naik biji2 kecil jerawat  dan gatal-gatal...suami pun dah tegur. Puas mencari dan mengkaji... saya cuba cara 'alami... Alhamdulillah berkesan. sabun susu beras sahaja, lepas mandi dan cuci muka sapu sedikit minyak zaitun (mesti lah ada campurannya. ;) )

 Itulah ceritanya...

Alhamdulillah... kulit saya yang selalu kering terutama di kaki, lengan menjadi lembab.. paling mengujakan (excited ni) saya tumit kaki yang kasar dan hampir merekah jadi lembut hanya dengan minyak zaitun saya ni... itu lah yang menjadi ilham saya memformulakan krim minyak zaitun saya ni yang di beri nama SarahSofiyya sempena nama kedua-dua anakada puteri Sarah dan Sofiyya